di situ kulihat pawana cahaya,
yang bersinar bagai mentari,
membara bagai api yang marak,
sinaran yang memberi suatu kebebasan
patah tumbuh hilang berganti,
itulah pepatah yang disebut,
tapi apakah ia suatu kebenaran,
atau hanya suatu penipuan
kedengaran bunyi berdesing berpautan,
bunyi yang terdapat makna tersirat,
tiada apa yang dapat mengetahuinya,
kerana irama dan melodinya berbeza sekali
berpijak di bumi suatu kewajipan,
membuktikan kehidupan itu wujud,
namun apakah yang dipijak itu realiti atau imaginasi,
adakah kita rasa yang patut dirasakan
tiada makna kehidupan itu tanpa bau,
bau mencorakkan gaya kehidupan manusia,
busuk,wangi, suatu kebiasaan,
sememangnya ia suatu kebenaran kehidupan
Subscribe to:
Posts (Atom)