Tuesday, March 17, 2009

Maksud Kehidupan

suatu kehidupan mempunyai erti yang variasi dan sukar untuk seseorang individu memberikan makna yang jitu kerana kehidupan yang dilalui oleh individu tersebut sama sekali berbeza malah kehidupan itu mampu memberikan kesan sama ada positif atau negatif.

kehidupan juga sering kali diperkatakan sebuah perjalanan yang tiada penamatnya kerana perjalanan itu terus berlaku mengikut waktu dan masa yang berputar bagai tayar yang tiada kehausan bunga. di dalam ranjau kehidupan yang penuh dengan onak dan duri, muncul suatu masa di mana kita sebagai manusia akan menganggap apakah kehidupan ini bermakna atau hanya ilusi mimpi yang tiada kesudahannya.

ada manis ada pahit kehidupan ini..semua itu lumrah kejadian yang kita tidak mampu fikirkan berdasarkan akal kita kerana akal kita mempunyai had pemikirannya yang mana akan tiba suatu tahap kita tidak mampu berfikir tentang perkara yang berlaku tersebut..mungkin selama ini kehidupan kita penuh dengan kemanisan bak harumnya bunga kasturi..namun kepahitan akan muncul apabila kita sudah lali dengan kemanisan yang ada...begiutlah sebaliknya yang akan berlaku..

kehidupan ini tiada wajah tiada rupa yang tetap kerana ia sering kali berubah merentasi masa yang begitu pantas berlalu bagai kilat menyambar bumi...makin lama kehidupan ini berlalu makin banyak kenangan yang berlaku kerana setiap saat berlaku suatu peristiwa dalam kehidupan itu tanpa kita sedari..

kita berlari mengejar impian tetapi adakah kehidupan itu sama seperti kita??? kita lihat,dengar,gerak,cakap namun adakah kehidupan itu begitu??? marilah kita fikirkan makna suatu kehidupan supaya kita hala tuju kehidupan yang kita lalui sekarang

sekian..terima kasih...