Saturday, February 13, 2010

Cebisan Luahan Jiwa

hari demi hari berlalu..ku usapkn rambut ku di atas kepala..
di kala itu aku fikir ape yg brlaku di sekeliling ku..
kenapa aku rasa ada aura yg membawa anjakan paradigma kpd diri ku..
satu persoalan timbul 'benarkah aku di sini?' atau ia hanya refleksi diri ku..

ku berjalan smbil melihat org berlari spt org yg tdk mengerti apa2 pun..
ku anggap dunia ini hanya satu tetapi sbnrnya ia byk sehingga tk terkira..
ku termenung kembali dn cuba utk teliti kembali kisah2 lame ku..
ku teringat peristiwa2 yg telah memberi impak kpd kehidupan aku sbg manusia..

di setiap tmpt ku berpijak, di situ adanya teman akrab aku..
namun itu hanya pd diriku tetapi org lain???
adakah mereka jumpa teman seperjuangan yg sejati utk bersama???
persoalan yg aku masih ragu2 hingga kini..

teman yg berada di kiri kanan depan belakang aku ni siapa sbnrnya??
pelbagai telahan dn ungkapan telah aku gunakan untk kepastian..
sememangnya ia terkandung sesuatu yg bermakna dn bererti..
sehingga aku lali besama mereka...

sana sini aku fikir dn berfalsafah,cepatnya masa berlalu..
ku cuba mencari cebisan hati dan jiwa yg telah terlepas di awangan..
kan ku gapai apa yg mampu supaya hati dn jiwa ku tenteram..
kerana dua elemen ini menentukan kehidupan aku yg kelak..

Monday, August 10, 2009

KEBENARAN MANUSIA

di situ kulihat pawana cahaya,
yang bersinar bagai mentari,
membara bagai api yang marak,
sinaran yang memberi suatu kebebasan

patah tumbuh hilang berganti,
itulah pepatah yang disebut,
tapi apakah ia suatu kebenaran,
atau hanya suatu penipuan

kedengaran bunyi berdesing berpautan,
bunyi yang terdapat makna tersirat,
tiada apa yang dapat mengetahuinya,
kerana irama dan melodinya berbeza sekali

berpijak di bumi suatu kewajipan,
membuktikan kehidupan itu wujud,
namun apakah yang dipijak itu realiti atau imaginasi,
adakah kita rasa yang patut dirasakan

tiada makna kehidupan itu tanpa bau,
bau mencorakkan gaya kehidupan manusia,
busuk,wangi, suatu kebiasaan,
sememangnya ia suatu kebenaran kehidupan

Tuesday, March 17, 2009

Maksud Kehidupan

suatu kehidupan mempunyai erti yang variasi dan sukar untuk seseorang individu memberikan makna yang jitu kerana kehidupan yang dilalui oleh individu tersebut sama sekali berbeza malah kehidupan itu mampu memberikan kesan sama ada positif atau negatif.

kehidupan juga sering kali diperkatakan sebuah perjalanan yang tiada penamatnya kerana perjalanan itu terus berlaku mengikut waktu dan masa yang berputar bagai tayar yang tiada kehausan bunga. di dalam ranjau kehidupan yang penuh dengan onak dan duri, muncul suatu masa di mana kita sebagai manusia akan menganggap apakah kehidupan ini bermakna atau hanya ilusi mimpi yang tiada kesudahannya.

ada manis ada pahit kehidupan ini..semua itu lumrah kejadian yang kita tidak mampu fikirkan berdasarkan akal kita kerana akal kita mempunyai had pemikirannya yang mana akan tiba suatu tahap kita tidak mampu berfikir tentang perkara yang berlaku tersebut..mungkin selama ini kehidupan kita penuh dengan kemanisan bak harumnya bunga kasturi..namun kepahitan akan muncul apabila kita sudah lali dengan kemanisan yang ada...begiutlah sebaliknya yang akan berlaku..

kehidupan ini tiada wajah tiada rupa yang tetap kerana ia sering kali berubah merentasi masa yang begitu pantas berlalu bagai kilat menyambar bumi...makin lama kehidupan ini berlalu makin banyak kenangan yang berlaku kerana setiap saat berlaku suatu peristiwa dalam kehidupan itu tanpa kita sedari..

kita berlari mengejar impian tetapi adakah kehidupan itu sama seperti kita??? kita lihat,dengar,gerak,cakap namun adakah kehidupan itu begitu??? marilah kita fikirkan makna suatu kehidupan supaya kita hala tuju kehidupan yang kita lalui sekarang

sekian..terima kasih...